Tutorial : Hilangkan Tarikh kat Atas Post Title

                                                                  ~Assalamualaikum~
tetiba arini rajin pula nk buat 2 tuto yg agak berguna untuk semua..
haaa, dh thu kan tuto apa?
okk! jom kita mulakan.. ianya sgt mudah, simple and senang kcangg je~
jgn risau, sume boleh buat

1. Dashboard > Design > Page Element
2. Dekat bahagian Blog post tuh, korang tkn EDIT tauhh~
  x thu dkt mna? dia ada dkt petak besarrr~ ada tulis Blog Posts. nmpk kan.. ok

lps tkn dia akan keluar mcm ni. =


3.pastu, kat anak panah tu, korang untick tau?
4. lps untick, korang terus save. :)
dh siapp~!
confirm jdi~ huhu
kalau x phm tanya k?
Goodluck

Tutorial : Centerkan Tajuk Post dengan Sidebar

 Assalamualaikum~
hehehe.. hari ni First time nina buat tuto ni untuk semuaa..
xde sape yg suruh pun untuk buat ni. nina je memandai nk buat. hehe
sbb arini 1.12.2011
wahhh~
ok2.. x sbr dh ni. tanpa melengahkan masa, jom kita Start!


1. Log in > Dashboard > Design > Edit Html
2. tekan F3 untuk memudahkan pencarian dan cari kod ini


Untuk Sidebar  =    h2 {


Untuk Post Title  h3.post-title {   atau   h4 {


3. copy kod kat bwh nih xD
     =  text-align:center;


4. then, paste dekat bwh kod yg korang cari tadi.
5. Jgn lupa save pula yee~ :)  =siap=
~Goodluck~

Kucing kena mkn rumput taw~

Kenapa kucing Memakan Rumput? Kucing adalah haiwan yang pembersih, jadi mereka selalu berusaha membersihkan bulunya setiap waktu dengan menjilat bulunya. Disebabkan permukaan lidah kucing yang kasar, banyak bulu yang mati atau gugur tersangkut pada lidah.

Kucing yang bebas bermain diluar biasanya mengambil kesempatan ini untuk memakan rumput supaya dapat memuntahkan bulu tersebut yang dikenali “hairball”
Jika anda memelihara kucing di dalam rumah, sebaiknya anda menanam rumput didalam pasu supaya kucing boleh makan dan memuntahkan hairball tersebut. Jika tiada rumput, kucing ini akan memakan tanaman lain yang mungkin merbahaya kepada mereka kerana sesetengah tumbuhan beracun kepada kucing.

Jadi, untuk menghindari hairball sebaiknya sikat bulu kucing anda, (boleh beli di petshop) bagi mengurangkan kuantiti bulu gugur yang ditelan.

Kucing takde kuman?

Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di klinik Haiwan Baitharah, kucing jarang sekali adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman ada, ia bermakna kucing itu akan sakit. Dr. Gen Gustafsirl mendapati bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing. Inilah bukti bahawa mengapa al-quran melarang umat islam menyentuh anjing yang basah berbanding kucing.

Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah mengatakan bahawa kucing memiliki enzim pembersih yang bemama lysozyme. Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, seperti pada kawasan air (lumpur, takungan hujan, dll).

Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak mendekati dengan air. Tujuannya agar bakteri tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tiada kuman pada tubuh kucing.

Kisah menarik dari china

Kisah menarik dari China.. Ha Wenjin telah menjual hampir semua asetnya untuk membuka kawasan penjagaan haiwan terbesar di China. Lebih daripada 1,500 anjing dan 200 kucing tinggal di sana sekarang. Tempat ini mempunyai 10 pekerja yang merawat dan menjaga anjing dan 2 pekerja untuk kucing. Perbelanjaannya adalah sekitar $ 37,500 setahun untuk menguruskan penjagaan haiwan ini.

P/s : Doa KPK harap dia diberi hidayah oleh Allah supaya memeluk Islam~ amin Ya Rabb!

Diantara hadith2 mengenai kucing

Diantara Hadith-Hadith Mengenai Kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Wallahu’alam….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...